Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Iced Lemon Tea

So half of the gang went out to Mali's Corner one night and was headed to Starbucks@JJ Wangsa Maju when this little conversation took place.


Shayna : There Dayah. Volvo.

Dayah
: Uuu.. I love Volvo. But it's big. It's a family car.


Shayna
: We're a family what!


Zeema
: Ya la! Your car, our car. Your home, our home.


Dayah
: Amboi! Ce kalau ong nak bli keta Mesia je.


Zeema
: Oh kalau camtu, we're just friends.




Hahahaha. Credit to Shayna for remembering every words. Ah, love you girls la. Terasa dah lama lak tak lepak jalan-jalan cari makan like we used to. Seems like everybody's busy and our different work schedules don't help a bit. *sigh.* We need a day off to hang out, pronto! Haha. Get Manpreet, Faten and Amal too and it'll be perfect!




Thursday, August 18, 2011

high school never ends



When I say "I MISS SCHOOL" it means my "FRIENDS AND THE FUN" not the "SCHOOL."


So true! Bila kata rindu zaman sekolah, bukannya rindu sekolah tu. Rindu kawan-kawan and masa-masa gembira time tu je. :P Alkisahnya siang tadi aku pick adik lelaki aku kat sekolah, pening katanya. So, bila masuk balik sekolah lama, tetiba datang nostalgic feeling. Cewah~


Tu yang aku search gambar lama-lama tu. Tak banyak sangat pun. Almaklumlah, dulu-dulu mana ada DSLR, digital camera bagai ni. Ada tu ada tapi tak di'expose'kan lagi. Zaman tu ramai yang guna kamera berfilem lagi. Mahal kot nak amek gambar banyak-banyak. Haha. So, jom la travel down the memory lane sikit-sikit. :P






Aktiviti after PMR. Cat mural. Bajet berseni sangat kan. Haha





Aku tengah sibuk sign baju salah sorang classmate before dia gi MRSM Beseri.
Time ni awal-awal form 4 ni tak silap.





Zati and Amal. Tak tahu apa motip gambar ni. Haha.





Manpreet. Bajet innocent. Haha.





Rock on! Zaman bawak sling bag je gi sekolah. Trend la konon.
Tapi suka sling bag. Ah, rindu bag tu.





Kids, don't try this at home.
Seriously, diorang ni tengah posing kat toilet lelaki. Haha.





Grafiti hasil seni senior. Smart. Suka tengok. Banyak lagi kat tepi-tepi tu.
Biasala, masing-masing berbakat. Haha.





Posing depan surau. Tak tau apa motip. Haha.



Ha, and satu lagi quote yang aku terbaca, "High school changes people. Some for the better, some for the worst. But if one thing is true; you find out who your real friends are." Couldn't agree more. Glad that some of them really become my real friends. :)






Saturday, August 13, 2011

geng mengaji






"mim diatas ma..mim di bawah mi..mim didepan mu..mamimu..saya panggil mak saya mummy..ustaz panggil apa mak ustaz?"


Budak yang nama usamah dalam citer ni paling cute aku rasa!
Tengok je la clip kat atas tu. Rasa nak cubit-cubit. Haha.






"mak: nanti dah besar kalo yehyeh jadi tok imam macam mana?
yehyeh: ala..yehyeh tak nak jadi tok imam..yehyeh nak jadi tauke kedai mamak"


Boleh bagi nama anak yehyeh. Ustaz tu pun boleh buat style bandi amuk time panggil nama budak tu mula-mula.Haha.





Hahahaha. Itu antara scene dengan dialog paling tak boleh blah dalam citer ni. Tiap-tiap pagi sahur hari Rabu smpai Ahad pukul 5 tu, memang sah tengok cerita ni kat Astro Prima.
Cute giler budak-budak ni berlakon :D








Monday, August 8, 2011

what and where..



....I've been up to for these past weeks?




Ulu Yam
-small picnic with Shayna and her boyfriend-




Sri Gombak
-breakfast with ice lemon tea gang-




Puchong
-cousin's engagement day-




Batu Caves
-visiting Dya's workplace-




Senawang
-Amzar's wedding-




On the way to UTP
-roadtrip! haha-




Sunway
-break fasting-








credit: pictures from friends :)



Sunday, June 5, 2011

what do we have in common?

Emma Stone





Rihanna





Hayley Williams





Me!!





So, guess what do we have in common?


You don't want to take a guess?


Alaaaaaa...


Fine.


Well, one thing that we have in common is....


...we're all hot and beautiful.


HAHAAHA..okay,kidding! :P


the truth is...




we were all born in 1988!!


1988 rocks! haha



so, last week (31st may) was my birthday, so now i am sweet 23 officially!! ~ hahaha..

what? you think only 16 years old can be sweet? 23 years old also can laaa...:P




Wednesday, May 11, 2011

pantas dan garang versi 5




sangat best!






aper yang best?


  • Vin Diesel and Paul Walker haruslah berchemistry best dari Fast and Furious 1 lagi.
  • Reunion of all-stars from every chapter of fast and furious (Jordana Brewster, Chris "Ludacris" Bridges, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, Tego Calderon and Don Omar), menarik weh tengok reunion camni.
  • Ada Dwayne Johnson a.k.a The Rock as hard-nosed federal agent. Beliau sangat gagah yer. Haha.
  • Dialog-dialog sarcastic and punchline yang kelakar. Betol, 1 cinema tu gelak tak hingat dunia. Haha.
  • Style nak rompak orang jahat sangat smart cam ala-ala citer Ocean's Eleven. I like~
  • Race and fight scenes yang sangat sangat sangat menaikkan hormon adrenaline. Haha. Ini serius.
  • Oh, time da abes tu, jangan kuar cinema terus. Tunggu lepas abes kredit name pelakon sebab lepas tu ader 1 short clip yang mengejutkan. Jeng jeng jeng. :P



Eh, mane boleh citer banyak-banyak, korang kena la gi tengok sendiri..:P








Sunday, May 1, 2011

happy hours


movie? Love and Other Drugs at Wangsa Walk.

rating? errr...tak sure la..korang tengok sendiri la..haha


and dinner


at....











smile. laugh. happy. love it :)








Chocolate Thunder from Down Under.

very nyummy~





told ya, very nyummy~

masing-masing kononnya da kenyang..

tapi bila sampai je chocolate thunder..

sampai berebut nak makan..haha..






group photo!
too bad Amal still kat utp, next time yer mal :)






Monday, April 11, 2011

Broga Hill



They say, a picture is worth a thousand words..

so, 18 pictures are worth 18 thousand words? haha..
















































































credit pics : fb cik hamizah..:)










Saturday, April 9, 2011

Three Days Grace



Oh, aku pinjam jap nama band as nama tajuk entry ni :P


Bukan apa, 3 hari berturut-turut ni, aku berjimble aje~~ haha



Khamis -> Melepak dengan Laily and Dayah kat area bukit bintang. Pusing-pusing Times Square, Fahrenheit and Pavillion. Oh, Fahrenheit tu mall baru ganti KL Plaza dulu. Smart gak mall tu, tapi baru-baru bukak kan so macam kurang sikit kedai dier, tapi smart la. Walkway kat bukit bintang tu da macam street kat New York aku tengok. Mana taknye, along the way tu ader kedai-kedai cam ZARA, VINCCI, RIP CURL etc. Kiranya, macam kedai-kedai kat Jalan TAR tu tapi versi 'high class' kot. Hehe. Fun sangat spend time dengan housemate. Boleh jugak update story masing-masing. Housemate yang lain bila lagi nak jumpa ni? :P



Jumaat -> Menambahkan skill driving amatur aku ni dengan percubaan membawa kereta ke area Semenyih. And, I did it! Yeay! Boleh naik 1 level kat level driving skills aku yang masih di tahap rendah ni. Haha. Pergi Semenyih tu sebab nak gi jumpa Dayah. Lepas tu, kitorang gerak pergi Bangi, sebab nak melepak kat rumah si Dayah kat Bangi tu la. Alang-alang awal lagi, kitorang pun berjimble ke Alamanda kejap. Tengok movie 'Just Go With It'. Not bad. Funny movie, trust me. :) Malam tu pulak jumpa si Malin. Pergh, rindu tu jumpe classmate sorang ni. Haha. And thanks Malin for the dinner treat :) Orang da kerja memang la kena open table untuk penanam anggur cam kitorang ni, yer tak? :P



Sabtu -> We went to Broga Hill! Oh, by we tu aku maksudkan aku, Dayah, Malin and empat lagi coursemates kat Utp dulu, Mizah, Izzah, Cb and Sah. Rombongan ke Broga Hill la katanya. Haha. Plan asal nak gerak ke Broga pukul 6.00 dari Semenyih. Tapi biasala, janji Melayu tulen, gerak pukul 6.50. Haha. Sampai dalam pukul 7.15 camtu, kitorang pun start la journey kitorang, eceh~ Siapa kata senang nak naek weh? Siapa? Haha. Aku nasihatkan korang sila pakai sport shoes yang proper, makan before naik atas and buat stretching. Bukan apa, nak naek turun amik masa dalam 2 jam (termasuk la nak berhenti amik gambar la, amik stamina la.haha), kang kalau tak makan dulu, lapar pulak masuk angin perut segala. Plus, path nak naek sampai puncak tu pun ada yang licin-licin, so kalo pakai seliper jepun cap Ah Seng memang tak berapa safe la kot. Buat stretching tu pun sebab nak avoid kaki cramp ke ape, tambah-tambah orang yang kurang stamina, or dalam kata laennya jarang exercise, memang cepat cramp la. Haha :P (Gambar-gambar nanti aku letak kat next entry yer, entry ni macam da panjang sangat lak, kang jadi esei lak. Haha).Lepas abes Broga, lepak-lepak umah Dayah and berjimble ke Alamanda lak. Oh, hari yang ni haruslah ke karaoke plak since semalam da tengok movie. :P






Ha, tu la antara activity berjimble aku untuk 3 hari berturut-turut. Sila doakan aku dapat kerja cepat-cepat untuk cover balik account balance dalam bank tu. Haha. Tapi takpe, kenangan dengan kawan-kawan = priceless. So, ape salahnya sekali-sekala 'kering' sikit, kan? :)




Notahati: rumah->semenyih->bangi->putrajaya->rumah. i made it, yeay, boleh tambah 1 level. hehe







Tuesday, March 8, 2011

10 sebab daku merindui UTP



10. Kad Matriks


tak boleh tunjuk gambar depan-depan, bahaye! :P


Hahaha. Pelik tak? Takdela, rindu la kat kad matriks utp kaler hijau terang tu. Bukan ape, boleh guna nak dapat less harga tiket wayang. Bukan tu aje, kalo agak-agak terlupa bawak pencil case, boleh gune kad matriks ni ganti pembaris. True story. Haha.




9. DC++


lebih kurang camni la rupe dc++


Kalau da kaki layan movies/series cam aku ni, adelah wajib merindui DC++. Haha. Inilah hub download tersohor kat utp. Mane taknye, kalo kat rumah, download gune torrent, dua tiga jam baru dapat satu episode series, tapi kalo DC++ kurang 10 menet da abes download. Heaven beb heaven~ Haha.




8. Ameeth, Farouk & Sithick dan mapley yang sewaktu dengannya


duer mapley favourite :P


Pergh, rindu weh mapley. Tambah pulak dengan kelazatan maggi goreng Ameeth or nasik lemak kat Farouq, kecur air liur. Pastu dapat lak kalo lepak ramai-ramai borak-borak takpun maen teka-teki kat maple, memang fun. Haha. Kat Gombak ni, tak jumpe lagi mapley yang menarik cam kat tronoh. Ade satu mapley kat rumah aku ni lagi la, TV pun takde. Kedekut giler. Orang gi mapley nak tengok bola pun tak boleh. Ceit!




7. Classmate/Course-mate!


gambar time bukak puase and futsal untuk batch dinner


Kadang-kadang gi kelas ni bukan nak study sangat pun. Jangan tipu la, aku tau korang pun kadang-kadang datang semata-mata attendance je kan? kan? kan? Haha. Tapi yang bestnye kalau gi kelas ni, ader classmate yang sempoi. Paling tak boleh blah, pernah jugak aku main game 'Nama,Negeri' la, Bingo la, lukis-lukis tangan la ngan classmate. Haha. Motip sangat, tapi tu la yang best tu :P




6. Cheap food


terliur weh lauk kerang tu


Trust me. Kalo korang kate harga nasik lemak Al-Quds kat utp tu mahal, compare ngan harga makanan kat luar, tu kire murah la tu. Mane taknye, aku ni pegi beli lunch, amek lauk ayam seketul kenit pulak tu, sekali kena RM4. Bukan tu je, lauk sardin seketul pun harga same. Cis bedebah betol. Mahal tau tak? Mahal! *tetiba emo..haha*




5. Casual attire



ha, camni je la attire kitorang gi kelas.
yang pakai sweater2 tu sebab gi exam, sejuk~~


Ha, yang ni memang aku suke. Pakailah baju camne pun (yang penting senonoh yer kawan-kawan) nak gi kelas, takde saper nak marah. Takde rules nak kene pakai baju formal setiap hari Selase ke, kene pakai baju kaler purple je ke. Haha. Best2. Cuba kalo time da kerja, tambah lagi siapa yang kerja kat ofis, hari-hari kene gosok kemeja/blouse/seluar slack sebab kena pakai. Haih, boring woo boring. Pakai jeans ngan t-shirt gak best. :P



4. K.R Rahmath


aku takde koleksi gambar KR Rahmath,
tapi rupe dier lebih kurang camnila..haha



Hahaha. Motip?? Jangan main-main, kedai ni ibarat tesco tronoh tau, macam-macam ada. Haha. Kalau rasa malas sangat nak kuar gi Tesco Pengkalan semata-mata nak beli maggi sebungkus, cukupla pegi kedai ni je. :P Kirenye tempat ni ala-ala 'Syurga Membeli-Belah' la gitu. Hahaha.




3. Jalan-jalan


cameron. bukit merah. penang


Ha, sebab study kat utp ni la, dapat merasa jalan-jalan ala-ala jauh sikit. Dapat pergi Gua Tempurung, Penang, Taiping, Bukit Merah, Cameron, Lumut, Pangkor, Ipoh, Kellie's Castle etc. Best tu~ Cuba imagine kalo utp ni kat KL, bosan jugak kalo asyik pergi Midvalley ke, Times Square ke, The Curve ke since sumer shopping mall je. Laenlah kalo pegi shopping mall boleh shopping dengan bahagia, yang tu aku suker. Haha.




2. Being student


nampak tak muke hepi study tu? hahaha


Seriously, masa jadi student memang the best! Okay, the best kalo takde exams, projects, tests, assignments segala :P Yang bestnye time study boleh susun timetable kasik cantek punye~~ Memang time susun timetable kalo boleh nak susun masa free sekali untuk kesenangan diri. Haha. Lagi satu, kalo malas pegi kelas, boleh ponteng, takde sape nak marah. Hahaha. (ajaran sesat!)




1. Housemate!!

Rindu la nak lepak-lepak, tak kesahla kat bilik saper-saper pun, janji dapat lepak bila free. Time tu la nak update-update story, mengusik-usik, memerli-merli, gurau-gurau manja gitu~ Haha.Pendek kata rindu-serindu rindunya la~ (T.T)





slideshow special untuk housemate,
you guys always make me smile :)








notahati: sesetengah gambar aku amek dari google image, so kalo ader saper2 rase gambar yang aku amek tu dari korang punye website, aku just nak cakap thanks yer :)