Saturday, August 6, 2011

hormat-menghormati



Kehadapan makcik yang beratur di belakang saya di kedai sizzling area food court Sogo,



Sesungguhnya saya tahu jam di tangan menunjukkan pukul 7.15 petang. Kira-kira 13-14 minit sebelum buka puasa waktu Kuala Lumpur. Saya faham. Makcik lapar. Saya lapar. Semua orang di food court itu pun lapar. Tapi sesungguhnya ada papan tanda besar yang bertulis 'Please Queue' atau dalam bahasa ibunda negara kita - 'Sila Beratur'. Saya yakin makcik faham. Sedangkan minah saleh yang beratur selang dua tiga orang di hadapan saya pun faham, apalah sangat orang melayu tulen macam kita ni kan makcik? Dan sesungguhnya saya faham makcik tak sabar-sabar nak duduk untuk berbuka, tapi saya pun sama. Tidak perlulah makcik menghimpit-himpit ke hadapan sampai saya rasa macam kena serangan seksual. Ini serius, makcik. Sekarang bulan puasa. Saya sabar. Sesungguhnya makcik pun kena sabar. Bukannya dengan tiba-tiba makcik berteriak kepada abang pembuat sizzling dan tempah apa yang makcik mahu Sesungguhnya itu giliran seorang kakak di hadapan saya dan sepatutnya selepas itu giliran saya, bukan begitu ke makcik? Sesungguhnya saya diajar untuk menghormati orang yang lebih tua, tapi bukan ke orang tua pun patut menghormati yang muda? Bukan begitu? Saya sabar. Kakak di hadapan saya pun sabar. Mungkin kami terlebih menghormati makcik yang tiba-tiba laju sahaja menempah makanan dan dengan selamba badak sahaja lalu di hadapan kami tanpa memandang kami sekilas pun untuk mengambil makanan makcik. Oh makcik. Sesungguhnya saya dan kakak itu hanya mampu pandang-memandang sesama kami dan senyum tawar. Eh, macam mana saya tahu itu senyum tawar sedangkan bulan puasa, mana boleh rasa manis, masin ke tawar kan? Tapi, saya faham. Kami berdua sabar. Kami biarkan makcik buat apa yang makcik mahu. Sebab kami hormat. Sesungguhnya makcik, lain kali makcik hormat orang-orang muda yang lain pula ya? Kita semua hidup kene saling hormat-menghormati, yang muda hormat yang tua, yang tua hormat yang muda, betul tak makcik?


Terima kasih.


Yang Sabar,
Saya yang beratur di hadapan makcik tadi.




5 comments:

BuDaK KeCiK said...

Makcik bongok... Dia 1st time puasa penuh tu. Tu yg xsabar nk buka. Hahah!

F Hzh said...

itu kurg ksdrn svik nmenye,,, dulu mkcik x g skolah, maafkn mkcik ye nak.... hehe

bLueSpeCky said...

shayna: hahaha..macam la orang laen xnak berbuke..geram je raseeerr..haha

zoe: isk..makcik ni..jgn sondol2 yer..saye rase cam xpatot..haha

Miss PIJAOSIX said...

kalau den tak dapek laa..

bLueSpeCky said...

along: hehe...pikir sbb puase je tu..kalo x mmg xdapek gak tu