Oh, aku pinjam jap nama band as nama tajuk entry ni :P
Bukan apa, 3 hari berturut-turut ni, aku berjimble aje~~ haha
Khamis -> Melepak dengan Laily and Dayah kat area bukit bintang. Pusing-pusing Times Square, Fahrenheit and Pavillion. Oh, Fahrenheit tu mall baru ganti KL Plaza dulu. Smart gak mall tu, tapi baru-baru bukak kan so macam kurang sikit kedai dier, tapi smart la. Walkway kat bukit bintang tu da macam street kat New York aku tengok. Mana taknye, along the way tu ader kedai-kedai cam ZARA, VINCCI, RIP CURL etc. Kiranya, macam kedai-kedai kat Jalan TAR tu tapi versi 'high class' kot. Hehe. Fun sangat spend time dengan housemate. Boleh jugak update story masing-masing. Housemate yang lain bila lagi nak jumpa ni? :P
Jumaat -> Menambahkan skill driving amatur aku ni dengan percubaan membawa kereta ke area Semenyih. And, I did it! Yeay! Boleh naik 1 level kat level driving skills aku yang masih di tahap rendah ni. Haha. Pergi Semenyih tu sebab nak gi jumpa Dayah. Lepas tu, kitorang gerak pergi Bangi, sebab nak melepak kat rumah si Dayah kat Bangi tu la. Alang-alang awal lagi, kitorang pun berjimble ke Alamanda kejap. Tengok movie 'Just Go With It'. Not bad. Funny movie, trust me. :) Malam tu pulak jumpa si Malin. Pergh, rindu tu jumpe classmate sorang ni. Haha. And thanks Malin for the dinner treat :) Orang da kerja memang la kena open table untuk penanam anggur cam kitorang ni, yer tak? :P
Sabtu -> We went to Broga Hill! Oh, by we tu aku maksudkan aku, Dayah, Malin and empat lagi coursemates kat Utp dulu, Mizah, Izzah, Cb and Sah. Rombongan ke Broga Hill la katanya. Haha. Plan asal nak gerak ke Broga pukul 6.00 dari Semenyih. Tapi biasala, janji Melayu tulen, gerak pukul 6.50. Haha. Sampai dalam pukul 7.15 camtu, kitorang pun start la journey kitorang, eceh~ Siapa kata senang nak naek weh? Siapa? Haha. Aku nasihatkan korang sila pakai sport shoes yang proper, makan before naik atas and buat stretching. Bukan apa, nak naek turun amik masa dalam 2 jam (termasuk la nak berhenti amik gambar la, amik stamina la.haha), kang kalau tak makan dulu, lapar pulak masuk angin perut segala. Plus, path nak naek sampai puncak tu pun ada yang licin-licin, so kalo pakai seliper jepun cap Ah Seng memang tak berapa safe la kot. Buat stretching tu pun sebab nak avoid kaki cramp ke ape, tambah-tambah orang yang kurang stamina, or dalam kata laennya jarang exercise, memang cepat cramp la. Haha :P (Gambar-gambar nanti aku letak kat next entry yer, entry ni macam da panjang sangat lak, kang jadi esei lak. Haha).Lepas abes Broga, lepak-lepak umah Dayah and berjimble ke Alamanda lak. Oh, hari yang ni haruslah ke karaoke plak since semalam da tengok movie. :P
Ha, tu la antara activity berjimble aku untuk 3 hari berturut-turut. Sila doakan aku dapat kerja cepat-cepat untuk cover balik account balance dalam bank tu. Haha. Tapi takpe, kenangan dengan kawan-kawan = priceless. So, ape salahnya sekali-sekala 'kering' sikit, kan? :)
Notahati: rumah->semenyih->bangi->putrajaya->rumah. i made it, yeay, boleh tambah 1 level. hehe
4 comments:
next weekend sila freekan diri untuk berjimble lagi. sila ye. sila.
hehe..yer cik si gadis~ ader plan nk berjimble ke mane2 ke? hehe
ouh hebat!! saya bangga jd GpS anda. ehehehe :P
hahaa..yeah..cik gps! :P
Post a Comment